DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI
Untuk Disayangi
(SURAH AT-TAUBAH AYAT 129
AMALKAN MEMBACA 7 KALI PAGI DAN 7 KALI PETANG
Kemudian
jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad):
"cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan
Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.
SURAH AL-HASYR
DIBACA 3 KALI SELEPAS SOLAT 5 WAKTU
Sekiranya
Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau
melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah.
Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat
manusia, supaya mereka memikirkannya.
SURAH AL-ANKABUT AYAT 2-3 KENAPA AKU DI UJI...?
Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan
nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. You
might also like:
SURAH TAHA.. AYAT 39 MULA DR TANDA JIM KECIL...
menghindari suami dr kahwin lain
"Letakkanlah
anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka
biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh
musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan
kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara
dengan pengawasanKu.
SURAH AL-BAQARAH AYAT 216
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?? Kamu
diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan
itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada
sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada
sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI
BAGAIMANA HARUS AKU MENGAHADAPINYA? "WAHAI
ORANG-ORANG YANG BERIMAN,SABARLAH DAN CUKUPKANLAH KESABARAN DAN
PERTEGUHKANLAH KEKUATANMU DAN PATUHLAH KEPADA aLLAH SUPAYA KAMU BEROLEH
KEMENANGAN (SURAH AL-IMRAN AYAT 200)
SURAH AL-BAQARAH AYAT 45 "DAN
MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA aLLAH.DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN
SEMBAHYANG ,DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA
ORANG2 YANG KUSYUK"
SURAH AL-BAQARAH AYAT 286
Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai
Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau
kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami
bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada
orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah
Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah
rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami
untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
SURAH AL-ANKABUT AYAT 2-3
KENAPA AKU DI UJI...?
Patutkah
manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:
"Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan
demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu
daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan
nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang
Bagi mengatasi masalah baran suami
cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalahkesejahteraannya! (21:69)). Mudah-mudahan
Allah menyejukkan barannya seperti mana api yangmembakar Nabi Ibrahim
disejukkan dengan izin Allah. Amin. Apabila berhadapan dengan sikap
keras hati suami
DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI
RESEPI BARU UTK KECANTIKAN DIRI DAN KEBAHAGIAN UMAH TANGGA...
1. Selepas solat Isyak
2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali
3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
4. Tiup dalam air dan minum.
5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
SURAH AL-WAQIAH AYAT 35
AYAT2
AL QURAN DAN AMALAN YANG BAIK UNTUK DIAMALKAN UNTUK MENGEKALKAN KASIH
SAYANG SUAMI DAN ISTERI... INSYALLAH (SURAH AL-WAQIAH AYAT 35 - 38)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
SURAH AL-WAQIAH AYAT 36
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
SURAH AL-WAQIAH AYAT 37
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.(AYAT 37)
SURAH AL-WAQIAH AYAT 38)
Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
(AYAT 38)
Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw ialah doa di bawah ini.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
Allahumma inni as alukal huda wattuqo wal afaf wal ghina
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, takwa,
diri yang terjaga dan kekayaan.”
Basahi Lidah mu dengan menyebut nama ALLAH
"Ya
Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan,
kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk, dan azab kubur. ,
kami memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati
yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas, dan doa yang tidak
dikabulkan."
0 ulasan:
Catat Ulasan