Selamat Datang ke Warna Warni Kehidupan

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana melawat Blog saya " Warna Warni Kehidupan Enott " Saya akan coretkan mengenai warna warni kehidupan saya didalam Blog Ini.. Semoga terhibur dan ribuan terima kasih sekali lagi..

Personal Massage

happy good lucky :)
with hubby..love you muahah..

PROSES BAYI


YA ALLAH BERILAH AKU PELUANG UNTUK LALUI SEMUA INI...AMINNN

MENGENANG NASIB DIRI

Anak adalah org yang akan mendoakan ibu bapanya untuk ke syurga.. tapi bagaimana dengan org yang tiada zuriat? Rasulullah saw bersabda, 'aku yang akan tunggu mereka di pintu syurga'La tahzan.. siapa lagi yang lebih terbaik dari Rasulullah untuk menyambut kita..kan..?
AKU SERING TERBACA ADA ANAK ANAK LIH DOAKAN IBU BAPA DIA..TP BGAIMANA PULA DGN AKU AKU TAK ADA ANAK...ERM andai sudah dtakdirkan aku redha..tapi aku skrg baru brusaha sekerat jalan..kenapa aku hendak berputus asa??sepanjang menunggu tiga tahun lebih..tahun depan genapla empat tahun sudah lama aku mnunggu..bagi org lain mungkin awal usi pkwenan kami...tapi bagi aku macam empat ribu tahun aku menunggu .. mcm mcm halangan aku lalui..masalah,,perasan takut gementar kalau2 ditinggalkan aku takut ya allah..takut org mcampuri pkwenan kami oleh kerna tiada zuriat..aku hanya mampu berdoa moga allah lindungi pkwenan kami hingga ke syurga firdausi..allah sedg mguji kami..
 
 

perbezaan solat lelaki dan wanita


CARA-CARA MENGERJAKAN SOLAT KETIKA SAKIT


selawat murah rezeki


Solat Dhuha Suatu Amalan Murah Rezeki dan berdoalah dengan - Doa Dhuha ...


SOLAT - SUNAT TAHAJJUD & SUNAT HAJAT


Mari Belajar Solat atau Cara-Cara Bersolat


Mari Belajar Solat atau Cara-Cara Bersolat

solat dhuha..:)

Solat Dhuha, Doa dan cara melaksanakan


Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
 
  
* Coretanku


Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”

Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.

Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Suami dah sembuh...alhamdulillah..


HARI YG KE 14:-
Alhamdulillah suami dah beransur pulih kaki dia dah lih angkat ngan sdrinya lau tak perlu juga bantuan org pastu alih2 kaki dia tuh smpai marah sakit..sian dia..kita mana nak tahu kan hehe.. angkat je la kaki..huhu apapon syukur kepada allah swt kerana begitu cepat juga ..semua ni kehendakNya juga..kun fayakun maka jadi jadi la ia..allah swt maha berkuasa..maha besar..sembuhkan suami ku..:)...gembira sgt2 dapat tahu..suami da boleh angkat kaki sendiri... goyang gerak gerak..ok la tu..hari ni pon dah buang benang jahitan dan pisiologi..tinggal othologi je lagi..ya allah aku bharap dan berdoa moga2 kesihatan suami aku beransur pulih seperti  dulu balik..teringin nak tengok dia jalan jalan..seperti biasa ya allah..engkau makbulkan la doaku ini ya allah..aminn...

Motor kesygan suami ku :)


Gambar kenangan berasama moto suami n suami di cameron highlands..kami selalu kesana ujan ujan pon redah huhu..suka g sana sejuk ja asa..ini gambar aku..ada cam model tak...huhu..berangan ja la hehe...erm alhamdulillah syukur sgt sgt dberi peluang untuk menikmati kebahagian bersama suami..walau pon kami tidak diberi peluang dan rezeki menjadi seorang ibu dan bapa tapi kami masih berpeluang menjadi suami isteri dan anak anak kepada ibu bapa kami serta kak adik abg..kepada adik beradik kami dan juga hamba allah swt..syukur kerana allah swt memberi rezeki ini..dan perluang tuk kecapi semua ni..perasaan asa gembira melihat suami gembira bersama aku n moto dia ni..impian kami berdua hendak mengelingi malaysia dgn menaikki moto ni..insyaallah...apabila suami sembuh dan kembali seperti sediakala insyaallah kami akan melancung bersama sama menaikki moto :)..tapi..kecuali sabah dan serawak je la ini naik flight lerr... takkan nak naik moto ke sana lak hehe...payah la nak pos pos moto huhu...




Perlengkap hidupku...suamiku..:)



Aku bagai laut tak bertepi dan tak berkarang
Aku bagai bintang yang tak ditemani malam
Melihat dirimu ada senyum canda dan tawa
Yang membuat aku tak ingin pergi darimu

Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia
Teringat janji lamamu kepadaku
Teringat aku teringat
Teringat saat kau masih ada di sini
Temaniku sepanjang hari

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Bila kau pergi jauh ingatlah aku
Bila ku di sampingmu peluk tubuhku
Bila kau rindu aku panggil namaku
Ku datang menemuimu

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini harungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia 

Doa Pelembut Hati Manusia

Doa Pelembut Hati Manusia


DOA PELEMBUT HATI
Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)
Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati
Mengikut aturannya, bacalah:
Baca surah Al-Fatihah
Al Fatihah……………..
Baca Ayat di Bawah:
Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir
Baca ayat 1-5 Surah Taha
(di bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)
1. Thaahaa.
2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.
5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.
Kemudian baca doa pelembut hati di bawah
“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”
“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”
Kemudian tiupkan ke air
Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.
* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri
Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din

DOA PEMANIS WAJAH

DOA PEMANIS WAJAH


Maksud:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan ; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.
{Yusuf: 4}
khasiat ayat ini:
* selalu disayangi oleh sesiapa sahaja
* wajah menjadi berseri-seri
* manis dipandang orang
Peringatan; kurangkan amalan membaca ayat diatas bila wajah terlalu manis, sehingga dikerumuni semut atau kencing manis.

Ilmu Penunduk Pengaseh ayat surah Yasiin

Ilmu Penunduk Pengaseh ayat surah Yasiin


“Innama amruhu izaa aradasyay-an an yaquula lahu kun fayakuun”
Banyak lagi kelebihannya ayat tersebut ia boleh dijadikan sebagai pengasih, menundukkan meminta hutang daripada seseorang, ingin meminjam wang jika dalam kesusahan. Dan sebagainya.
Ini salah satu contoh bagaimana mempergunakan ayat tersebut diatas jika anak anda atau isteri/suami anda degil / keras kepala tidak mahu dengar kata maka sebaiknya kita lakukan upaya ilahiyah sebagai berikut :
1. Setelah selesai anda mendirikan setiap solat (sembahyang 5 waktu) bacalah ayat diatas sebanyak 7 kali.
2. Lakukan sebanyak 7 hari setiap waktu sholat berturut-turut anda boleh mulainya dari mana-mana waktu sembahyang yang anda mahukan. Dengan catatan tidak boleh tingal sholat sewaktupun dalam 7 hari.
3. Setelah selesai 7 hari tersebut anda bacalah pula ayat diatas sebanyak 7 kali
kemudian anda tiupkan pada yang dihajati (isteri/suami/anak) seboleh-bolehnya
ditiupkan pada arah muka sama ada semasa sedar ataupun tidak sedar dan semasa anda membacanya hendaklah anda niatkan hajat anda terhadapnya ketika samapi pada ayat “kun” (lihat pada kun bertanda hitam yang telah saya merahkan diatas)
4. Kemudian anda ulang lagi membaca ayat lsebanyak 7 kali, selepas sembahyang 5 waktu lagi seperti No 1 dan 2 diatas. Untuk memastikan ianya
menjadi atau terkabul buatlah sebanyak 7 kali pada orang tersebut dan diulangi sebanyak 7 kali.
5. Kadang-kadang dengan sekali buat sudah pun menjadi akan tetapi kadang kala kita perlu buat sebanyak 7 kali untuk memastikan hajat kita di tunaikan.

Doa mengekalkan Kasih syg suami isteri..:)


DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI


Untuk Disayangi

3:31
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(SURAH AT-TAUBAH AYAT 129

AMALKAN MEMBACA 7 KALI PAGI DAN 7 KALI PETANG
9:129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.

SURAH AL-HASYR

DIBACA 3 KALI SELEPAS SOLAT 5 WAKTU 59:21
Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

SURAH AL-ANKABUT AYAT 2-3 KENAPA AKU DI UJI...?

29:2
29:3
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. You might also like:

SURAH TAHA.. AYAT 39 MULA DR TANDA JIM KECIL...

menghindari suami dr kahwin lain 20:39
"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

SURAH AL-BAQARAH AYAT 216

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN??2:2162:216 Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

BAGAIMANA HARUS AKU MENGAHADAPINYA?3:200 "WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN,SABARLAH DAN CUKUPKANLAH KESABARAN DAN PERTEGUHKANLAH KEKUATANMU DAN PATUHLAH KEPADA aLLAH SUPAYA KAMU BEROLEH KEMENANGAN (SURAH AL-IMRAN AYAT 200)
SURAH AL-BAQARAH AYAT 45 2:45 "DAN MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA aLLAH.DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG ,DAN SESUNGGUHNYA SEMBAHYANG ITU AMATLAH BERAT KECUALI KEPADA ORANG2 YANG KUSYUK"



SURAH AL-BAQARAH AYAT 286

2:286 Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

SURAH AL-ANKABUT AYAT 2-3

KENAPA AKU DI UJI...?
29:2
29:3 Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang

Bagi mengatasi masalah baran suami

cubalah membaca ruqyah (sejenis doa atau ‘jampi’ syar’ie) dengan ayat 69 dalam Surah al-Anbiyaa’ ini semasa barannya muncul:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalahkesejahteraannya! (21:69)). 21:69 Mudah-mudahan Allah menyejukkan barannya seperti mana api yangmembakar Nabi Ibrahim disejukkan dengan izin Allah. Amin. Apabila berhadapan dengan sikap keras hati suami

DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI

RESEPI BARU UTK KECANTIKAN DIRI DAN KEBAHAGIAN UMAH TANGGA...
1. Selepas solat Isyak
2. Ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali
3. Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
4. Tiup dalam air dan minum.
5. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.

SURAH AL-WAQIAH AYAT 35

AYAT2 AL QURAN DAN AMALAN YANG BAIK UNTUK DIAMALKAN UNTUK MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI DAN ISTERI... INSYALLAH (SURAH AL-WAQIAH AYAT 35 - 38) 56:35
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

SURAH AL-WAQIAH AYAT 36

56:36
Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

SURAH AL-WAQIAH AYAT 37

56:37
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.(AYAT 37)

SURAH AL-WAQIAH AYAT 38)

56:38
Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
(AYAT 38)

Antara doa yang diamalkan oleh Rasulullah saw ialah doa di bawah ini.




اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى



Allahumma inni as alukal huda wattuqo wal afaf wal ghina



Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk, takwa,


diri yang terjaga dan kekayaan.”

Basahi Lidah mu dengan menyebut nama ALLAH

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk, dan azab kubur. , kami memohon perlindungan-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas, dan doa yang tidak dikabulkan."

RINDU SUASANA DI KG

 Di depan umah








Sabtu...

Hari ni bnyak buat kerja umah ja ha husben keja..tu ja la kejenya..dulu time off selalu tanam pokok skrg malas dah tgok gitu2 ja la..ermm..bosan la duk bentong ni tak ada pa apa yg best duk kg best..tak sabar nak bertukar ni..

ANAK..


ANAK..sapa yg kawen tak mau anak..aku dan hubby teringin sgt..dulu aku sedih..macam org kata kat aku dan laki aku..yg cakap elok2 ada yg sindir pon ada yang bandingkan kami ngan kehidupan depa pon ada..sedih itu dulu nyer cete... sampai suatu masa aku jadi sedih murung tapi sampai bila nak macam ni???smua ni ketentuan allah swt....rezeki tu kan rahsia dariNya..sama la ajal maut jodoh kita pon smua rahsia tapi org??ada pikir semua tu depa tak diuji senang2 ja mulut btanya bercakap..apa  yg berlaku pada aku dulu aku dah redha..biarla aku relakan 3 anak aku pergi..malah aku berbangga anak2 aku dah masuk syurga anak yg dilahirkan kedunia ni belom tentu lagi klu didik ngan betui masuk la syurga bukan senang wei anak ni satu amanah yg amat2 besar..kita salah mendidik disana nanti akan disoal kelak...ermm apapon yg berlaku kami harungi bersama2,,suami selalu berada di sisi aku selalu bagi semangat suatu ari aku bermunasabahkan diri aku ni...aku asa tak da guna nya aku cam ni,,aku pikir apa org kata pada aku n suami aku dulu.. antaranya..ko ni mandul ka..walau tahu aku pernah keguguran masa tu..suami ko ni tak kuat..tak da kejantanan...bila nak dapat anak ko sakit kot...p la jumpa bomoh..ko ni bila nak ada anak org dah masuk dua tiga..ko tak apa la balik keje lih tido kami ni,,abih mai la anak hampa kat aku,,kalau ampa duk tempat aku skrg hampa baru tahu,,ingat apa tak sunyi tak sayu ka,,dalam hati tdetik tau dak kmi pon nak khidupan yg lengkap seperti org lain..nak lahirkan anak tuk suami tercinta..dalam hati aku masa tu aku hanya mampu ucap alhamdulillah..diam ja..jawab pon belawak jenaka ja..dan malas hendak melayan kerenah org ni..erm lepas tu aku diam kan diri tapi sekrg mai la sindir siap kena bebel ngan aku kdg2 aku perhati org tanya ni macam jahil agama dah tau rezeki tu dr allah tanya lagi tanya soalan yg aku tak mampu nak menjawab bila kami akan ada anak..alhamdulillah sekarng  maybe sebab aku suka bebel pasl tu org tak berani nak bertanya lagi dah syukur sgt2..puas hati sebb dapat jaga ati selama ni mana org jaga ati aku...sakitkan ati aku lagik ada..sekrg ada juga member yg tak bsyukur siap kata anak ni blih doakan kita masa mati erm kalau anak baik anak tak baik sama gak bnyak lagi kebaikkan yg boleh kita wat kat duni ni ganjaran masuk syurga,,aku tak pikir cam tu sebb aku tau bnyak kebaikkan lain boleh masuk syurga..biar la meka nak kata apa,..yg pting perbaikki diri jadi anak istri yg solehah,,,dan hidup berbhgia dsamping suami dan keluarga tercinta...sekarg bnyak kara aku n laki buat bsama2 nak happy bersama malas nak pikir pasal anak ni biar dia datang sdri..tak perlu nak memaksa..sebabtu aku nak enjoy2 ngan suami aku naik moto g jalan2..happy sama 2 ngan suami..suami hanya ku cinta kau seorang..:)

Macam2 Ragam manusia

Mcm mcm ragam manusia di sekeliling ku..ada yg baik ada yang buat baik...aku tak kisah skrg ni lam kepala aku set  hanya memikirkan suami aku dan juga org yg aku sayang tu je..yg mana baik kita baik yg mana tak baik biarkan ja..aku dah tak perduli langsung apa org kata dari segi peribadi hal kerja aku langsung tak heran..aku hidup dikelilingi dgn org yg suka iri hati..NAK STORY MORIE SIKIT...pantg kami beli apa apa mesti org mngata padahal tak guna sesen pon duit depa iri hati sebab APA KAMI TAK ADA ANAK LAGI KAMI LIH WAT MACAM2 P JALAN MERATA DEPA DEPA ASA ADA ANAK BGITU NYUSAHKAN BAGI MEKA..AKU KDG2 CETA JUGA PADA SUAMI DIA KATA ADA ANAK NANTI PON DIA JANJI AKAN WAK AKU G JALAN 2..SYUKUR DPT SUAMI CAM NI HEHE...LA NI ADA LAK BERITA TERKINI HIBURAN SENSASI CAM ATRIS AKU NI..CETA PASAL MOTOR..aku nak beli motor pon ada org kata nanti mati excident la ajal maut jodoh ni smua dah dtentukan dah..awat nanti tak mati juga ka..aku beli ngan wang titik peluh aku n suami aku apa aku buat lam hidup aku nak bhgiakan suami aku nak bagi dia happy aku happy..hidup ni sekali ja..mati tak tahu bila SEKURANG2 NYA AKU DAPAT LUANGKAN MASA NGAN DIA DAN BAHGIAKAN DIA SMPAI HUJUNG NYAWA AKU..biar la org iri hati NI TAK TAHU APA YG AKU BUAT SEBUK2 JA HA..HERAN TAK KACAU PON KENA JUGA ADEHH..TERUSTRG aku tak duli ngan khidupan org lain ...selama ni aku tak ambik tahu lgsung bukan apa aku nak jaga ati aku dan diri aku...pgajaran lepas ngajar aku..maksud aku hal peribadi umh tgga meka lgsung takmau bik tahu..aku hdup ngan dunia aku ja.. yang penting sekali suami aku..dia happy aku pon happy..tu dah memadai..selama ni aku duk syik pikir apa org kata sampai aku sa tak lih nak wat kerja..bila pikir balik bodoh ja depa ni kata lepas kata depa ada pikir kita..kita ja duk pikir..tu la bila dah dikaunseling oleh suami dia la sellu bagi smgat mak ayah aku aku asa betul juga..mulut org bukannya lih tutup kan..mcm cete kartun dibawah ni la..





Sekali membaca salawat Saadah ini bersamaan 600,000 kali bersalawat seperti mana dijelaskan oleh Imam Dardiri dan Syed Ahmad Dahlan.

Dikatakan juga oleh banyak aulia' bahawa jika kita membaca salawat ini sekali, kedudukannya setara dengan seolah-olah kita telah membaca salawat 600,000 kali dan jika kita membacanya 70x setiap hari, kita akan dibebaskan dari api neraka.


Allahuma shalli `ala Sayyidina Muhammadin `adada ma fii `ilmillaahi shalaatan daaimatan bi-dawaami mulkillahi.

Ertinya:

"YA ALLAH, CUCURKANLAH RAHMAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW, SEBANYAK BILANGAN SESUATU YANG ADA DALAM PENGETAHUAN-MU, DENGAN LIMPAHAN RAHMAT YAG ABADI, SEBAGAIMANA ABADI-NYA KERAJAAN-MU YA ALLAH."

PENGHULU ISTIGHFAR


Istighfar yang paling afdhol adalah bacaan istighfar yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam kitab shahihnya dari Syaddad bin Aus berkata, “Penghulu istighfar itu adalah seorang hamba mengucapkan:

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.

 “Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau-lah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba -Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan -Mu semampuku. Aku berlindung kepada -Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat -Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”

Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia meninggal pada siang hari itu sebelum memasuki waktu petang maka dia termasuk penghuni syurga, dan barangsiapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan dan dirinya meninggal sebelum memasuki waktu pagi maka dia termasuk penghuni syurga”.

SURAH AL-BAQARAH (AYAT 284-286) - MEMELIHARA HAMBANYA DARI BENCANA.

Selepas bencana gempa bumi dan tsunami terjadi dan terkini ancaman radioaktif yang mengancam umat manusia sejagat di bumi Allah swt ini. Mari sama-sama kita menghafal dan membacanya setiap masa memohon rahmatNya, dipeliharaaNya dan mohon perlindungan dariNya. Semuga kita dipanjangkan umur hanya untuk beribadat kepadaNYa.

Surah Baqarah ayat 284-286 yang selalu dibacakan semasa tahlil arwah dan selepas Al-fatihah rakaat pertama dalam solat sunat tahajjud banyak fadhilatnya. 


KEUTAMAAN SURAH AL-FATIHAH DAN AYAT-AYAT PENGHABISAN SURAH AL-BAQARAH.


Dari Ibnu 'Abbas r.a, katanya.,

"Pada suatu waktu, kitika Jibril sedang duduk disamping Nabi saw,. sekonyong-konyong kedengaran suatu bunyi seperti pintu sedang dibukakan orang. Lalu diangkatnya kepalanya, seraya berkata: "Nah! inilah pintu langit dibukakan hari ini, dimana sebelumnya tidak pernah dibuka melainkan baru ini." Dari pintu itu turun malaikat. Kata Jibril "Inilah malaikat turun ke bumi, dimana dia tidak pernah turun sebelumnya, melainkan baru ini" Setelah malaikat itu memberi salam, lalu dia berkata, "Gembiralah umatmu dengan dua cahaya yang kedua-duanya hanya diturun kepadamu, dan tidak pernah diturunkan kepada para Nabi sebelum kamu, iaitu Surah Al-Fatihah dan ayat penutup surah Al-Baqarah (Ayat:284-286). Tidak satu huruf pun yang anda baca dari kedianya, melainkan akan diberikan pahalanya kepada anda" (Riwayat Hadis Imam Muslim)

Dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:" 
Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al-Baqarah, niscaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."(Riwayat Hadis Imam Muslim)

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (284) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. (285). Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286).



Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." 
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda: 
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari. 
1. Allah 

2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 

3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 

4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 

5. Al-Quddus - Maha Suci 

6. As-Salam - Maha Penyelamat 

7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 

8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 

9. Al-'Aziz - Maha Mulia/Perkasa 

10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa 

11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 

12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 

13. Al-Bari' - Maha Perancang 

14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 

15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 

16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan 

17. Al-Wahhab - Maha Pemberi 

18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki 

19. Al-Fattah - Maha Pembuka 

20. Al-'Alim - Maha Mengetahui 

21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup 

22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup 

23. Al-Khafid - Maha Penghina 

24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi 

25. Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan 

26. Al-Muthil - Maha Merendahkan 

27. As-Sami' - Maha Mendengar 

28. Al-Basir - Maha Melihat 

29. Al-Hakam - Maha Menghukum 

30. Al-'Adl - Maha Adil 

31. Al-Latif - Maha Halusi 

32. Al-Khabir - Maha Waspada 

33. Al-Halim - Maha Penyantun 

34. Al-'Azim - Maha Agong 

35. Al-Ghafur - Maha Pengampun 

36. Ash-Shakur - Maha Pengampun 

37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya 

38. Al-Kabir - Maha Besar 

39. Al-Hafiz - Maha Pelindung 

40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan 

41. Al-Hasib - Maha Mencukupi 

42. Aj-Jalil - Maha Luhur 

43. Al-Karim - Maha Mulia 

44. Ar-Raqib - Maha Pengawas 

45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan 

46. Al-Wasi' - Maha Luas Pemberian-Nya 

47. Al-Hakim - Maha Bijaksana 

48. Al-Wadud - Maha Pencinta 

49. Al-Majid - Maha Mulia 

50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan 

51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan 

52. Al-Haqq - Maha Benar 

53. Al-Wakil - Maha Berserah 

54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan 

55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya 

56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi 

57. Al-Hamid - Maha Terpuji 

58. Al-Muhsi - Maha Menghitung 

59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula 

60. Al-Mu'id - Maha Mengembalikan 

61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan 

62. Al-Mumit - Maha Mematikan 

63. Al-Hayy - Maha Hidup 

64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya 

65. Al-Wajid - Maha Menemukan 

66. Al-Majid - Maha Mulia 

67. Al-Wahid - Maha Esa 

68. As-Samad - Maha Diminta 

69. Al-Qadir - Maha Kuasa 

70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan 

71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan 

72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan 

73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan 

74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan 

75. Az-Zahir - Maha Menyatakan 

76. Al-Batin - Maha Tersembunyi 

77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan 

78. Al-Muta'ali - Maha Suci/Tinggi 

79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) 

80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat 

81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa 

82. Al-'Afuww - Maha Pemaaf 

83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi 

84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan 

85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan 

86. Al-Muqsit - Maha Mengadili 

87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan 

88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya 

89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan 

90. Al-Mani' - Maha Membela/Menolak 

91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya 

92. An-Nafi' - Maha Pemberi Manfaat 

93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya 

94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk 

95. Al-Badi' - Maha Indah/Tiada Bandingan 

96. Al-Baqi - Maha Kekal 

97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi 

98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana 

99. As-Sabur - Maha Penyabar 



FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA 

(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al- 
Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi). 

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah. 

3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah. 

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll. 

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera. 

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan. 

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih. 

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan. 

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah. 

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia. 

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham). 

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. 

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh. 

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita. 

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya. 

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang. 

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir. 

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama. 

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna. 

21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman. 

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah. 

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya. 

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian. 

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan. 

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali. 

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab. 

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah. 

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama. 

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil. 

31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju. 

32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama. 

33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat. 

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya. 

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah. 

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak. 

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab. 

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat). 

39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan. 

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang. 

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan. 

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah. 

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini. 

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.... 

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita. 

46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk. 

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari. 

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni. 

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga. 

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah. 

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah. 

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala. 

54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim. 

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu. 

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki. 

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian. 

58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu. 

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.... 

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya. 

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak. 

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya. 

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. 

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat. 

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini. 

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari. 

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah... 

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa. 

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil. 

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita. 

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil". 

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini. 

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah. 

74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. 

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu. 

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu. 

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini 

78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil. 

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah. 

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus. 

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah. 

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah. 

83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam. 

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah. 

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah. 

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya. 

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat. 

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat. 

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai. 

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara. 

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh. 

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah. 

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang. 

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut. 

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar. 

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini. 

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan. 

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas. 

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan. 

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA 

Doa-doa Yang Makbul: 

1. Orang yang terdesak. 

2. Orang yang teraniaya/dizalimi. 

3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya. 

4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim. 

Tanda-tanda Doa Yang Makbul: 

1. Terasa sesuatu yang menakutkan. 

2. Menangis tatkala berdoa. 

3. Terasa menggeletar. 

Cara-cara Berdoa: 

1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa" 
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai. 

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka. 

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat. 

6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya). 

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM 

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. 

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt 

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt 

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya 

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya 

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya. 

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu. 

Jazakallah Khairan.
Wassalam