Di depan umah
Selamat Datang ke Warna Warni Kehidupan
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana melawat Blog saya " Warna Warni Kehidupan Enott " Saya akan coretkan mengenai warna warni kehidupan saya didalam Blog Ini.. Semoga terhibur dan ribuan terima kasih sekali lagi..
Personal Massage
Sabtu...
Hari ni bnyak buat kerja umah ja ha husben keja..tu ja la kejenya..dulu time off selalu tanam pokok skrg malas dah tgok gitu2 ja la..ermm..bosan la duk bentong ni tak ada pa apa yg best duk kg best..tak sabar nak bertukar ni..
ANAK..
ANAK..sapa yg kawen tak mau anak..aku dan hubby teringin sgt..dulu aku sedih..macam org kata kat aku dan laki aku..yg cakap elok2 ada yg sindir pon ada yang bandingkan kami ngan kehidupan depa pon ada..sedih itu dulu nyer cete... sampai suatu masa aku jadi sedih murung tapi sampai bila nak macam ni???smua ni ketentuan allah swt....rezeki tu kan rahsia dariNya..sama la ajal maut jodoh kita pon smua rahsia tapi org??ada pikir semua tu depa tak diuji senang2 ja mulut btanya bercakap..apa yg berlaku pada aku dulu aku dah redha..biarla aku relakan 3 anak aku pergi..malah aku berbangga anak2 aku dah masuk syurga anak yg dilahirkan kedunia ni belom tentu lagi klu didik ngan betui masuk la syurga bukan senang wei anak ni satu amanah yg amat2 besar..kita salah mendidik disana nanti akan disoal kelak...ermm apapon yg berlaku kami harungi bersama2,,suami selalu berada di sisi aku selalu bagi semangat suatu ari aku bermunasabahkan diri aku ni...aku asa tak da guna nya aku cam ni,,aku pikir apa org kata pada aku n suami aku dulu.. antaranya..ko ni mandul ka..walau tahu aku pernah keguguran masa tu..suami ko ni tak kuat..tak da kejantanan...bila nak dapat anak ko sakit kot...p la jumpa bomoh..ko ni bila nak ada anak org dah masuk dua tiga..ko tak apa la balik keje lih tido kami ni,,abih mai la anak hampa kat aku,,kalau ampa duk tempat aku skrg hampa baru tahu,,ingat apa tak sunyi tak sayu ka,,dalam hati tdetik tau dak kmi pon nak khidupan yg lengkap seperti org lain..nak lahirkan anak tuk suami tercinta..dalam hati aku masa tu aku hanya mampu ucap alhamdulillah..diam ja..jawab pon belawak jenaka ja..dan malas hendak melayan kerenah org ni..erm lepas tu aku diam kan diri tapi sekrg mai la sindir siap kena bebel ngan aku kdg2 aku perhati org tanya ni macam jahil agama dah tau rezeki tu dr allah tanya lagi tanya soalan yg aku tak mampu nak menjawab bila kami akan ada anak..alhamdulillah sekarng maybe sebab aku suka bebel pasl tu org tak berani nak bertanya lagi dah syukur sgt2..puas hati sebb dapat jaga ati selama ni mana org jaga ati aku...sakitkan ati aku lagik ada..sekrg ada juga member yg tak bsyukur siap kata anak ni blih doakan kita masa mati erm kalau anak baik anak tak baik sama gak bnyak lagi kebaikkan yg boleh kita wat kat duni ni ganjaran masuk syurga,,aku tak pikir cam tu sebb aku tau bnyak kebaikkan lain boleh masuk syurga..biar la meka nak kata apa,..yg pting perbaikki diri jadi anak istri yg solehah,,,dan hidup berbhgia dsamping suami dan keluarga tercinta...sekarg bnyak kara aku n laki buat bsama2 nak happy bersama malas nak pikir pasal anak ni biar dia datang sdri..tak perlu nak memaksa..sebabtu aku nak enjoy2 ngan suami aku naik moto g jalan2..happy sama 2 ngan suami..suami hanya ku cinta kau seorang..:)
Macam2 Ragam manusia
Mcm mcm ragam manusia di sekeliling ku..ada yg baik ada yang buat baik...aku tak kisah skrg ni lam kepala aku set hanya memikirkan suami aku dan juga org yg aku sayang tu je..yg mana baik kita baik yg mana tak baik biarkan ja..aku dah tak perduli langsung apa org kata dari segi peribadi hal kerja aku langsung tak heran..aku hidup dikelilingi dgn org yg suka iri hati..NAK STORY MORIE SIKIT...pantg kami beli apa apa mesti org mngata padahal tak guna sesen pon duit depa iri hati sebab APA KAMI TAK ADA ANAK LAGI KAMI LIH WAT MACAM2 P JALAN MERATA DEPA DEPA ASA ADA ANAK BGITU NYUSAHKAN BAGI MEKA..AKU KDG2 CETA JUGA PADA SUAMI DIA KATA ADA ANAK NANTI PON DIA JANJI AKAN WAK AKU G JALAN 2..SYUKUR DPT SUAMI CAM NI HEHE...LA NI ADA LAK BERITA TERKINI HIBURAN SENSASI CAM ATRIS AKU NI..CETA PASAL MOTOR..aku nak beli motor pon ada org kata nanti mati excident la ajal maut jodoh ni smua dah dtentukan dah..awat nanti tak mati juga ka..aku beli ngan wang titik peluh aku n suami aku apa aku buat lam hidup aku nak bhgiakan suami aku nak bagi dia happy aku happy..hidup ni sekali ja..mati tak tahu bila SEKURANG2 NYA AKU DAPAT LUANGKAN MASA NGAN DIA DAN BAHGIAKAN DIA SMPAI HUJUNG NYAWA AKU..biar la org iri hati NI TAK TAHU APA YG AKU BUAT SEBUK2 JA HA..HERAN TAK KACAU PON KENA JUGA ADEHH..TERUSTRG aku tak duli ngan khidupan org lain ...selama ni aku tak ambik tahu lgsung bukan apa aku nak jaga ati aku dan diri aku...pgajaran lepas ngajar aku..maksud aku hal peribadi umh tgga meka lgsung takmau bik tahu..aku hdup ngan dunia aku ja.. yang penting sekali suami aku..dia happy aku pon happy..tu dah memadai..selama ni aku duk syik pikir apa org kata sampai aku sa tak lih nak wat kerja..bila pikir balik bodoh ja depa ni kata lepas kata depa ada pikir kita..kita ja duk pikir..tu la bila dah dikaunseling oleh suami dia la sellu bagi smgat mak ayah aku aku asa betul juga..mulut org bukannya lih tutup kan..mcm cete kartun dibawah ni la..
Sekali membaca salawat Saadah ini bersamaan 600,000 kali bersalawat seperti mana dijelaskan oleh Imam Dardiri dan Syed Ahmad Dahlan.
Dikatakan
juga oleh banyak aulia' bahawa jika kita membaca salawat ini sekali,
kedudukannya setara dengan seolah-olah kita telah membaca salawat
600,000 kali dan jika kita membacanya 70x setiap hari, kita akan
dibebaskan dari api neraka.
Allahuma shalli `ala Sayyidina Muhammadin `adada ma fii `ilmillaahi shalaatan daaimatan bi-dawaami mulkillahi.
Ertinya:
"YA
ALLAH, CUCURKANLAH RAHMAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW, SEBANYAK BILANGAN
SESUATU YANG ADA DALAM PENGETAHUAN-MU, DENGAN LIMPAHAN RAHMAT YAG ABADI,
SEBAGAIMANA ABADI-NYA KERAJAAN-MU YA ALLAH."
PENGHULU ISTIGHFAR
Istighfar
yang paling afdhol adalah bacaan istighfar yang diriwayatkan oleh
Al-Bukhari di dalam kitab shahihnya dari Syaddad bin Aus berkata,
“Penghulu istighfar itu adalah seorang hamba mengucapkan:
اَللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا
عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ
بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ،
وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ
إِلاَّ أَنْتَ.
“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau-lah yang menciptakan
aku. Aku adalah hamba -Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan -Mu
semampuku. Aku berlindung kepada -Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku
mengakui nikmat -Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”
Barangsiapa
yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia
meninggal pada siang hari itu sebelum memasuki waktu petang maka dia
termasuk penghuni syurga, dan barangsiapa yang membacanya pada waktu
malam dengan penuh keyakinan dan dirinya meninggal sebelum memasuki
waktu pagi maka dia termasuk penghuni syurga”.
SURAH AL-BAQARAH (AYAT 284-286) - MEMELIHARA HAMBANYA DARI BENCANA.
Selepas
bencana gempa bumi dan tsunami terjadi dan terkini ancaman radioaktif
yang mengancam umat manusia sejagat di bumi Allah swt ini. Mari
sama-sama kita menghafal dan membacanya setiap masa memohon rahmatNya,
dipeliharaaNya dan mohon perlindungan dariNya. Semuga kita dipanjangkan
umur hanya untuk beribadat kepadaNYa.
Surah
Baqarah ayat 284-286 yang selalu dibacakan semasa tahlil arwah dan
selepas Al-fatihah rakaat pertama dalam solat sunat tahajjud banyak
fadhilatnya.
KEUTAMAAN SURAH AL-FATIHAH DAN AYAT-AYAT PENGHABISAN SURAH AL-BAQARAH.
Dari Ibnu 'Abbas r.a, katanya.,
"Pada
suatu waktu, kitika Jibril sedang duduk disamping Nabi saw,.
sekonyong-konyong kedengaran suatu bunyi seperti pintu sedang dibukakan
orang. Lalu diangkatnya kepalanya, seraya berkata: "Nah! inilah pintu
langit dibukakan hari ini, dimana sebelumnya tidak pernah dibuka
melainkan baru ini." Dari pintu itu turun malaikat. Kata Jibril "Inilah
malaikat turun ke bumi, dimana dia tidak pernah turun sebelumnya,
melainkan baru ini" Setelah malaikat itu memberi salam, lalu dia
berkata, "Gembiralah umatmu dengan dua cahaya yang kedua-duanya hanya
diturun kepadamu, dan tidak pernah diturunkan kepada para Nabi sebelum
kamu, iaitu Surah Al-Fatihah dan ayat penutup surah Al-Baqarah
(Ayat:284-286). Tidak satu huruf pun yang anda baca dari kedianya,
melainkan akan diberikan pahalanya kepada anda" (Riwayat Hadis Imam Muslim)
Dari Abu Mas'ud Al-Anshari r.a, katanya Rasulullah saw bersabda:"
Siapa yang membaca kedua ayat itu, yakni dari akhir surah Al-Baqarah, niscaya keduanya akan memeliharanya dari bencana."(Riwayat Hadis Imam Muslim)
Segala
yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika
kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu
menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya
kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya
dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang
peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (284)
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari
Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada
Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya.
(Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain
Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami
pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat
kembali. (285). Allah tidak memberati seseorang melainkan apa
yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya
dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka
berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan
kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana
yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada
kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang
kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta
ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap
kaum-kaum yang kafir. (286).
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-'Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi' - Maha Tinggi
25. Al-Mu'iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami' - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-'Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-'Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-'Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi' - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba'ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu'id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta'ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-'Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami' - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani' - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi' - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi' - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-
Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1.
"Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi
selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang
besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2.
"Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,
maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa
& gugup akan hilang dengan izin Allah.
3.
"Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia
merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4.
"Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah
tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari
akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5.
"Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah
tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit
hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6.
"Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani &
rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi
segar sihat & sejahtera.
7.
"Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita,
keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman
dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8.
"Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat
fardhu Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang
& bersih.
9.
"Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh,
InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana
penuh kewibawaan.
10."Ya
Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua
musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11.
"Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan
kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan
mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya
Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang
ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan
memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya
Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit,
dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan
terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya
Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai
anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari
Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air
& dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air
tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara
yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada
waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan
dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya
Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci)
bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat
Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya
Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita
akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah
orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17.
"Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa
yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau
kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18.
"Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya
solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal &
membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah
dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19.
"Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh,
InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima
nasihat agama.
20.
"Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah,
Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21.
"Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin
dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22.
"Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain,
kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir
ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23.
"Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan
suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan
Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24.
"Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70
x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di
tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25.
"Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan
memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau
perniagaan.
26.
"Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang
berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si
penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27.
"Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran
telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan,
lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28.
"Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat,
InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu
diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29.
"Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan
suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima
ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30.
"Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat
5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31.
"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan
jualannya menjadi laris & maju.
32.
"Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung
faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara
lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah
terpisah sekian lama.
33.
"Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi
mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa
saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau
diungkit-ungkit atau tergugat.
34.
"Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang
sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila
dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh
badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin
syaitan & sebagainya.
35.
"Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan
zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak
mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36.
"Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai
pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan
dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang
penting & terdesak.
37.
"Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah
zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa
Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak
meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah
cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38.
"Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau
dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x
selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan
kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39.
"Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan
terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada
di dalam hutan.
40.
"Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika
sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk
mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah
badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41.
"Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat,
amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas
solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang
gangguan.
42.
"Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam
yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang
mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai,
maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat &
begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43.
"Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia
mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika
hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang
mengamalkan zikir ini.
44.
"Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan
barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan
niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang
jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun
gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
InsyaAllah....
45.
"Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya
& agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah
mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah
Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46.
"Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak
128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang
berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah
Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47.
"Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan
zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas &
lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah
sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48.
"Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam.
InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik,
disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan
harmoni.
49.
"Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota
keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita
sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah
itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.
InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati
kita sebagai ketua keluarga.
50.
"Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke
dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu &
hikmah.
51.
"Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka
membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara
berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah
perangainya.
52.
"Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah
sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah
Allah.
53.
"Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau
terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54.
"Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar
apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si
zalim.
55.
"Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya
mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan
kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56.
"Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan,
maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana
dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang
gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
58.
"Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam
pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan
zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....
60.
"Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan
sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat.
InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61.
"Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah
kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62.
"Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan
dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64.
"Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin
memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap
manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang
terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x
setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan,
Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65.
"Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah
terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66.
"Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk
menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan
zikir ini setiap hari.
67.
"Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata &
tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x
setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan &
selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya
Allah...
68.
"Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup,
maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.
InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69.
"Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal,
maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala
hajat akan berhasil.
70.
"Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari
berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa
mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan
mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71.
"Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata
"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari,
InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73.
"Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x
setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan
Allah.
74.
"Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu
selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang
halal.
75.
"Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu
di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab
padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman
ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77.
"Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh
menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya
dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan
zikir ini
78.
"Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang
berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah
zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah
kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting
akan berhasil.
79.
"Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah
segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80.
"Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat
maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan
petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81.
"Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia
tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita
memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah,
kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83.
"Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman
atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu
samada pada waktu siang mahupun malam.
84.
"Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan
yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu
mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada
setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan
Allah.
85.
"Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap
hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan
pertolongan Allah.
86.
"Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,
InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang
mengamalkannya.
87.
"Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita
yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada
setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan
izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang
singkat.
88.
"Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin,
InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan
yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89.
"Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia
& akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah
segala hajat kita akan tercapai.
90.
"Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x
pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan
terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91.
"Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk
menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah
puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak
1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan
cepat sembuh.
92.
"Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan
zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh,
& bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin
Allah.
93.
"Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang
menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan
baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah
selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94.
"Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat
tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah
dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan
pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95.
"Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting &
bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka
berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu.
InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita
berjaya & berjalan lancar.
96.
"Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas
waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi
punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau
bankrap dengan berkat zikir ini.
97.
"Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat
fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar,
maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707
x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga
usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98.
"Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas
otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita
akan menjadi bertambah cerdas.
99.
"Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal,
maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar
& penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan
mencapai kejayaan.
FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3.
Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang
halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang
baik belaka.
4.
Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan
silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa
tersebut.
5.
Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan
bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w
& para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di
dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha
dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta
kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan
berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat
membendung hajat hati si hamba itu.
Jazakallah Khairan.
Wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)
Blog Subscription
-
Facebook
Become a fan of our blog on Facebook
Search this blog
Clock
Visitor
Visitor Online
Popular Posts
-
Selepas bencana gempa bumi dan tsunami terjadi dan terkini ancaman radioaktif yang mengancam umat manusia sejagat di bumi Allah swt ini. ...
-
RINDUNYA...SAAT2 NI.. DI CAMERON HIGHLANDS.. MASA NI DAH PREGGY BUNTING PELAMIN... TAK TAHU..AKU NEKAD LEPAS NI KALAU KATA ADA R...
-
DOA PEMANIS WAJAH Maksud: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya ; ” Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mi...
-
DOA MENGEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI ISTERI Untuk Disayangi Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Alla...
-
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hu...
-
Ilmu Penunduk Pengaseh ayat surah Yasiin “Innama amruhu izaa aradasyay-an an yaquula lahu kun fayakuun” Banyak lagi kelebihannya...
Dikuasakan oleh Blogger.
Archives
-
▼
2013
(36)
-
▼
Januari
(19)
- RINDU SUASANA DI KG
- Sabtu...
- ANAK..
- Macam2 Ragam manusia
- Sekali membaca salawat Saadah ini bersamaan 60...
- PENGHULU ISTIGHFAR Istighfar yang pali...
- SURAH AL-BAQARAH (AYAT 284-286) - MEMELIHARA HAMBA...
- Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s....
- SURUH YASSIN..
- Zikir Pagi Dan Petang Wirdul-Latif Ziki...
- SELAWAT FATIH
- AMALAN JAUHI SIHIR..
- TODAY..
- UMAH IMPIAN..
- PUISI CINTA TUK SUAMIKU...
- HONEYMOON..
- BEST MOMENT IN OUR LIFE...
- IDOLA AKU...
- OUR DREAM..
-
▼
Januari
(19)